Monday, July 19, 2010

masalah pinggir bandar.

salam.masalah pinggir bandar ini sering kali mnjadi isu bg perancang2 bandar...seolah2 isu ini tiada pnyelesaian dan penghujungnya selagi masih ad pihak yg tidak mmikirkan impak pembangunan yg tidak seimbang terhadap sosial ekonomi serta alam sekitar..bg sy masalah ini mendtgkan pemandngan dan fenomena yg tidak menarik trutamanya kpd pelancong luar mahupun dalam negara kita sendiri..di tgh2 kemajuan kotaraya,kita dapat melihat kawasan2 setinggan yg membanjiri kawasan2 pinggir bndar terutamanya di kuala lmpur..

7 comments:

  1. Well done Adibah, tambahkan pengetahuan dengan lebih banyak mengkaji dan membaca. Semuga berjaya.

    ReplyDelete
  2. pengalamn adalah ilmu kehidupan yang paling utama dalam diri seseoramg itu..jadi sebagai bakal perancang yang berjaya diharap kita sama2 mengelakkan masalah pembangunan pinggir bandar ini..insyallah..

    ReplyDelete
  3. Memang benar apa yang dikatakan oleh kamu,malah kerana wang,sperkara yang tidak boleh pun dibolehkan. Hal ini sebenarnya yang mendorong isu ini semakin berleluasa kerana mereka tidak memikirkan impak buruk yang akan menganggu keselesaan penduduk seterusnya generasi yang akan datang.

    ReplyDelete
  4. sebagai bakal perancang kita seharusnya dapat merancang dan mengelak perkara-perkara yang boleh menjatuhkan identiti sesebuah tempat. pembangunan yang dilaksanakan mestilah mengikut perancangan yang betul dan pemaju haruslah memandang serius terhadap kepentingan masyarakat dan tempat tersebut.

    ReplyDelete
  5. Memang betul adanya rumah setinggan akan me nimbulkan pandangan negatif bagi pelancong dari luar negara.Tapi yang menjadi persoalannya,kenapa ada pihak yang ingin menghapuskan terus kawasan tersebut.Walaupun ia nmpak buruk dari pandangan mata tapi tidakkah kawasan setinggan ini mewujudkan konsep kawasan kejiranan yang baik.Bagi memperelokkan lagi kawasan tersebut memerlukan perancangan dari segi susunan bangunan,penaiktarafan kemudahan asas dan juga memperelokkan sistem jalanraya.

    ReplyDelete
  6. masalah setinggan di Kuala Lumpur adalah satu contoh yang baik akibat daripada permasalahan perebakan bandar. jika masalah ini tidak ditanggani dengan sebaiknya dan secepatnya bukan hanya bandaraya Kuala Lumpur akan mengalami masalah yang sama malah bandar-bandar yang pesat membangun seperti johor bahru turut akan mengalami masalah ini.

    ReplyDelete
  7. saya bersetuju dengan saudari adibah ,perancangan sesebuah kawasan yang tidak menitikberatkan garispanduan perancangan akan menyebabkan pelbagai isu yang akan timbul. Isu yang di beri oleh saudari adiba sangat bagus untuk dikupas kerana setiap kawasan yang berlaku proses perkembangan dan pembangunan bandar berlaku. Sungguhpun masalah setinggan telah ditanggani oleh pihak-pihak tertentu masalah ini tetap akan berlanjutan.Sebenarnya masalah setinggan ini telah mendapat perhatian yang serius oleh pihak kerajaan dengan menempatkan petempatan- penempatan baru kepada mereka.

    ReplyDelete