Monday, August 16, 2010

LaWaTaN TaPaK Di PiNGGiR BaNdAr MetroPoLiTaN JoHoR BaHrU

salam dr.
pada 3 ogos 2010 yg lalu sy telah mngikuti lawatan sambil meninjau keadaan pmbangunan yg dilakukan di pinggir2 kota johor bahru..
sy telah mngenali dengan lebih dekat Kg Lima Kedai dan Kg2 melayu yg lain.rupa2nya masih ada lagi golongan melayu yg masih terpinggir dari arus pmbangunan..sy difahamkan mereka hanya menunggu masa untuk diketepikan oleh arus pmodenan dan pmbangunan yg semakin mghimpit kg2 mereka..

seingat sy, dr sempat menemubual salah seorang penduduk yg kebetulan lalu dikawasan tersebut,dr memberitahu kami yg mereka tidak berpuas hati dgn pmbangunan yg sedang dilakukan ditmpat mereka, seolah2 mengetepikan mereka selaku pnduduk asal disitu.
keluhan mereka itu seolah2 mewakili masyarakat tempatan disitu...
kg mereka nnt dapat sy bayangkan akan menjadi seperti kg dalam bandar....apa yg akan jd dgn ekonomi mereka? mgkin ada baiknya jika terdapat pmbangunan yg dibangunkan dikawasan itu, mungkin baik dari segi fizikal, namun dari segi sosiobudaya dan ekonominya akan terjejas.
namun pmbangunan yg dilakukan sebenarnya bukan untuk mereka..ttp untuk org luar yg lebih mampu untuk menyewa atau membeli rumah atau premis di kawasan itu...masyarakat setempat hnyalah gerai usang yg tidak bermaya....

begitu juga dngan kg baru yg kini berwajah baru...sy masih ingat ketika kami singgah sebentar untuk menikmati sarapan pg...menu sy pd pagi itu adalah milo ais dan nasi lemak...terangkat betul nasi lemak tuuu...mybe sy tengah lapar ketika itu...huhuhui

kelihatan rumah2 buruk dan usang ditngah bandar yg mungkin telah lama ditinggalkan plae penghuni asalnya..sy agak takut ketika berada di tempat itu kerana sy merasakan mungkin terdapat bangsa lain juga di situ seperti jawa. disitu juga terdapat sebuah stesen bas lama yg masih lg beroperasi...

sy juga pergi ke Leisure Farm Resort yg mempunyai kawasan perumahan yg begitu eksklusif dan mahal2 harganya...adakah kita mampu...cantik tempatnya, dengan landskap yg begitu dijaga rapi..tempat ini agak terpencil dari perumahan lain, mungkin org2 kaya inginksn privasi dalam kehidupan mereka..sy difahamakn bahawa kawasan ini kebanyakkna nya dibeli oleh pembeli luar negara dan mjadikan kawsan itu sebagai rumah kedua mereka...
pembanguan di kawsan itu bagi sy telah dilakukan dgn begitu baik sekali..

selain itu, kami juga pergi ke Nusajaya...Nusajaya ini persis sekali dengan Putrajaya..segala pentadbiran di Johor akan dipindahkan di sini...begitu cantik sekali sistem landskap di Nusajaya..terdapat juga element air yg begitu damai dan mengasyikkan..kawasan ini juga mngutamakan kehijauan kawasan sedikit sebnyak dapat meredakan kepanasan kawasan sekitar yg semakin meningkat suhunya..

10 comments:

  1. Seperti kehidupan kita jua, pembangunan bandar maupun wilayah perlu seimbang, adil dan bijaksana. Peranan yang lebih mencabar senantiasa ada dalam profession bidang perancangan bandar dan wilayah. Teruskan berusaha dan menyumbang.

    ReplyDelete
  2. Leisure farm merupakan sebuah tempat yang lengkap dengan landscape, kediaman yang mewah membuatkan hanya sesetengah yang mampu sahaja dapat mendiaminya. keadaan dan suasana di pekan gelang patah adalah suram dan rumah-rumah yang terdapat disekitarnya adlah tidak sempurna. terdapat juga bas dan teksi yang tidak bermaya. hal ini disebabkan oleh pembangunan yang menenggelamkan kampung-kampung tersebut

    ReplyDelete
  3. keprihatinan pn dalam merungkai permasalahan yang berlaku di kg pinggir bandar menyedarkan saya tentang kepentingan cakna terhadap permasalahan yang betul2 terjadi di akar umbi membawa kepekaan jururancang dalam membangunkan sesuatu pembangunan haruslah menilai dari aspek nilai kemanusiaan dan budaya..well done pn

    ReplyDelete
  4. Diba,xkan kita pergi site 10/8 kan...ke org y silap??em bagus huraian ibu diba...Memang tidak dinafikan Leisure farm merupakan kawasan yang ekslusif dan mahal.Tengok pintu masuk pm kita semua terpegun kan?...Tapi xsilap sy Leisure farm berdekatan sangat dengan Kg GelangPatah..Sedangkan Kg Gelang Patah masih ketinggalan dan mundur dari segi pembinaannya terutama sekali di Pekan Lama.Kesian tengok...Sepatutnya untuk menarik lebih ramai lagi pelancong ke Leisure Farm,pihak berwajib sepatutnya menitikberatkan imej2 kawasan berhampiran dengannya terutama skli kg2 yang berhampiran

    ReplyDelete
  5. betol 2 hasliza, kita dapat bandingkan bagaimana pekan gelang patah yang jauh ktinggalan entah berapa abad dari Leisure Farm. Harga tanah sahaja kita da tahu bagai langit dengan bumi. Tidakkah pihak yang membuat perancangan dan pembangunan tidak mengambil berat akan keperluan penduduk sekitar??

    ReplyDelete
  6. pada saya ,perniaga-perniaga di kawasan tersebut menghadapi masalah persaingan dalam aktiviti pernigaan.Selain itu, perlukan menaiktaraf bangunan-bangunan,kemudahan awam dan sebagainya.Semua pihak yang bekepentingan perlu bersama-sama bertanggungjawab dalam memasti kemajuan bergerak seiringan.

    ReplyDelete
  7. Bagi saya, pemaju sepatutnya memperuntukkan perumahan kos rendah yang lebih banyak. Walaupun ia memberi keuntungan yang sedikit tetapi ia memberi lebih peluang kepada penduduk kg. untuk memiliki rumah.

    ReplyDelete
  8. setuju dgn man...pihak pemaju perlu melihat kepada kemampuan penduduk khususnya jika ingin membuat pembngunan...rumah2 mampu milik yg dibuat itu pasti dapat meringankan sedikit beban penduduk..

    diba xfollow irah lg kn...

    ReplyDelete
  9. Kemiskinan yang terpapar pada keadaan gerai-gerai dan kemudahan awam jelas menggambarkan penduduk di kawasan tersebut menginginkan pembaharuan pembangunan daripada kerajaan. Namun begitu kesusahan semakin bertambah kerana semakin dihimpit oleh pembangunan yang akan dilaksanakan berhampiran dengannya. Sekiranya tiada pembaikan terhadap kawasan tersebut nescaya ianya akan bertambah mundur dan hilang kefungsiannya sebagai sebuah pekan kepada penduduknya.

    ReplyDelete
  10. pengalaman saya sendiri berada di kawasan pekan lama gelang patah menyebabkan perasaan sayu yang mana pembangunan sekeliling pesat membangun tetapi tidak pada pekan kecil ini.pendapat saya pekan tersebut mempunyai potensi yang tersendiri dimana kedudukan nya yang strategik untuk dibangunkan tetapi tidak mendapat perhatian daripada pemaju..kwasan tersebut diabaikan dan tidak dilakukan pembaharuan dan tidak mustahil pada tempoh terdekat ini sekiranya tiada uasha untuk mengembalikan kegemilangan ini maka akan lenyap identiti pekan gelang patah ini dimamah arus pembangunan..

    ReplyDelete