Thursday, August 26, 2010

PENDAHULUAN : KE ARAH PERANCANGAN PEMBANGUNAN SUBURBANNIZATION DI MALAYSIA



salam..
suburbanization adalah satu ungkapan yang menggambarkan satu proses pergerakan populasi dari dalam bandar ke pinggir bandar.ini adalah satu penyebab kepada peningkatan rebakan bandar. ini adalah penting kerana ia akan membawa kepada perubahan dalam infrastruktur pengangkutan. perkembangannya terjadi berdasarkan kepada kepesatan pembangunannya di kawasan pusat bandar. pembangunan pesat yang terjadi di pusat bandar akan berkambang dan merebak ke kawasan pinggir bandar.kesan dari ini, akan berlakunya beberapa perubahan terhadap ciri2 pinggir bandar itu sendiri, dari sinilah kajian perlulah dilaksanakan untuk melihat perkembangan fungsi pinggir bandar ini agar perancangan yang sempurna dapat dijalankan.

contohnya Bandaraya Johor Bharu salah satu pusat bandar di Malaysia yang paling pesat membangun dan kepesatannya telah merebak ke kawasan pinggir bandaraya. banyak masalah yang akan timbul kepada pinggir bandaraya ini seperti kawasan pinggir bandaraya ini akan dipenuhi dengan kawasan perumahan dan jika ini terus berlaku ia akan menyebabkan penggunaan tanah yang tidak seimbang dari segi jenis dan lokasinya.



kesan dari pertumbuhan pesat di kawasan bandar telah membari tekanan kepada kawasan pinggir bandar itu sendiri, dan ia melibatkan banyak tanah2 di kawasan pinggir bandar dibangunkan semata-mata untuk keperluan pertumbuhan di bandar. bagi saya, pengawasan dan kawalan tertentu patut diadakan di kawasan pinggir bandar supaya perkembangan guna tanah dan fungsi di pinggir bandar ini adalah sesuai san sempurna bagi mencapai matlamat perbandaran yang berkesan.

Dari perspektif lain pula, 7.1 % penduduk luar bandar di Malaysia hidup di bawah paras kemiskinan. dalam Rancangan Malaysia ke-10 sokongan diberikan kepada penduduk luar dan pinggir bandar di Malaysia dengan menaikkan taraf lebih daripada 11,000 km jalan raya berturap, membina 50,000 rumah baru untuk golongan miskin tegar menjelang 2012, membekalkan lebih daripada 140,000 rumah dengan kemudahan elektrik 24 jam, dan memastikan lebih daripada 300,000 keluarga mendapat kemudahan air bersih dan terawat.Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)dan perkhidmatan pengangkutan asas bagi luar dan pinggir bandar juga akan disediakan.

Selain itu juga, bandar harus dipengaruhi bagi memacu pertumbuhan ekonomi di kawasan2 pinggir bandar ,daripada pendekatan pembangunan seimbang yang projek yang diagih2kan ke seluruh negeri dan daerah secara sama rata,sebaliknya tumpuan diberikan kepada pembangunan berkelompok yang akan membolehkan sumber2 yang diperuntukan akan dimaksimumkan dengan lebih berkesan dan strategik.Sementara itu, program2 dan projek2 pembangunan ini mestilah diintegrasikan ekonomi serta sosialnya dengan subbandar yang akan disesuaikan dengan sistem penghubung ke kampung2 di sekeling kawasan2 pinggir bandar ini.

No comments:

Post a Comment